Peta Pemikiran

PETA PEMIKIRAN

Peta pemikiran adalah alat berfikir yang dipersembahkan secara visual yang mudah diguna pakai dan difahami. Amalan pengajaran menggunakan konsep peta pemikiran dalam pembelajaran dan di dalam bilik darjah amat penting. Terdapat lapan jenis peta pemikiran yang lebih dikenali sebagai pemetaan i-think.


  • PETA BULATAN

Peta bulatan digunakan untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan sedia ada berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks.

  • PETA BUIH
Peta buih digunakan untuk memperkaya kebolehan murid bagi mengenalpasti atau menunjukkan kualiti. Biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau huraian.

  • PETA BUIH BERGANDA

Peta buih berganda digunakan bagi membanding beza sesuatu.

  • PETA POKOK 

Peta pokok digunakan untuk mengklasifikasikan bahan atau idea.
  • PETA DAKAP 

Peta dakap digunakan untuk menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagian kedua adalah bahagian utama.

  • PETA ALIR 

Peta alir digunakan untuk membuat atau menunjukkan urutan sesuatu proses.

  • PETA PELBAGAI ALIR

Peta pelbagai alir digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis hubungan sebab dan akibat. Segi empat yang berada di tengah adalah peristiwa yang penting. Bahagian sebelah kiri adalah sebab peristiwa tersebut manakala sebelah kanan adalah akibat daripada peristiwa tersebut.


  • PETA TITI 

Peta titi digunakan bagi memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan proses analogi dengan menggunakan faktor penghubungan.


*sumber imej daripada ' Google Images '






Comments

Popular posts from this blog

Selamat Datang ke blog saya